Pertukaran Kerajaan Di Britain


Dalam tahun 1867, Negeri-Negeri Selat dipindahkan daripada penguasaan Syarikat India Timur kepada penguasaan Pejabat Kolonial di London. Dengan ini, Gabenor dan pegawai-pegawai British di Negeri-Negeri Selat bukan lagi menjaga kepentingan Syarikat India Timur di Calcutta tetapi menjaga kepentingan kerajaan British, khususnya Pejabat Kolonial di London.
Sir Andrew Clarke dihantar ke Singapura dalam bulan November 1873 oleh Setiausaha di Pejabat Kolonial, Lord Kimberley (John Wodehouse) untuk menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat. Sir AndrewLord Kimberley untuk mengkaji kemungkinan melantik penasihat-penasihat British di negeri-negeri Melayu dan mengikhtiarkan supaya keamanan dan kemakmuran dapat dikembalikan ke negeri-negeri Melayu. (“see whether any steps can be taken to promote the restoration of peace and order to secure protection to trade and commerce” dan “whether it would be advisable to appoint a British officer to reside in any of the states”)

Sumber:wiki