Perlombongan Bijih Di Tanah Melayu

Perlombongan bijih timah bermula sejak tahun 1820 dengan kedatangan imigran dari negeri China ke Perak dan Selangor. Di Selangor, perlombongan bijih bermula dalam tahun 1824, dikendalikan oleh kaum Hakka.
Disebabkan bijih timah di Selangor, Perak dan Negri Sembilan didapati dalam bentuk bijih lanarCornwall dan di lain-lain lokasi di Eropah. Ledakan perlombongan berlaku dalam tahun 1870-an dengan permintaan yang bertambah dari Eropah dan Amerika Syarikat. Britain kini menjadi pembekalan utama timah di pasaran dunia. (alluvial tin), proses perlombongan adalah lebih mudah dan lebih murah berbanding dengan proses perlombongan di
Di Pasaran Logam London (London Metal Exchange), harga tin yang dibawa dari Chile dan Tanah Melayu boleh mendapat penetapan dengan cara yang telus dan teratur. Peniaga tahu harga jualan jongkong timah mereka apabila komoditi itu sampai ke London ataupun pelabuhan lain. Perniagaan timah boleh dibuat tanpa melibatkan spekulasi dan risiko. Peningkatan kemudahan tele-komunikasi membolehkan perkhabaran dibuat dengan cepat menggunakan kawat telegraf. Permintaan untuk timah melonjak dengan permintaan bertambah daripada industri mengetin makanan.