Nilai dan pengajaran

Kasih sayang. Hassan telah kematian ibu dan kurang mendapat kasih sayang daripada bapanya kerana kesusahan hidup. Hassan dipelihara oleh datuknya, Penghulu Ismail. Selain itu, Hassan seorang yang berdisiplin dan patuh kepada arahan ketua. Semasa dalam tentera Hassan patuh kepada disiplin tentera. Dia mematuhi arahan ketua untuk bertugas mencari bangkai kapal yang terhempas walaupun ketika itu sepatutnya bersedia untuk bersedia untuk menghadapi ujian kenaikan pangkat. Kerajinan dan berjimat cermat. Hajah Siti Amai hidup senang pada zaman Jepun kerana pandai berjimat cermat dan mengusahakan kebun serta menternak lembu. Penghulu Ismail pula berniaga beras pada zaman Jepun. Tambahan lagi, Hassan seorang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab melaporkan kegiatan maksiat kepada pegawai kanannya. Dia bertanggungjawab untuk membaiki keadaan tersebut

Sumber wiki