Kapten Hassan Wira Bangsa

Hassan bin Haji Osman lahir pada tahun 1927 di Kampung Batu 12 , Mantin, Negeri Sembilan. Beliau mendapatpendidikan di sekolah Melayu dan di sekolah pengajian pondok sehingga Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun 1945. Pada zaman pemerintahan Jepun, Hassan berkahwin untuk mengelak daripada ditangkap Jepun menjadi buruh paksa. Isterinya bersama-sama ibu mertuanya telah dibunuh oleh kumpulan Bintang Tiga pada zaman Jepun.
Jepun menyerah kalah apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Tentera Berikat. Kumpulan Bintang Tiga mengganas dan membunuh mereka yang dianggap membantu Jepun. Hassan meninggalkan kampung untuk belajar ilmu mempertahankan diri di Melaka dan Batu Pahat. Kemudian, beliau menyertai Kor Rejimen Askar Melayu pada tahun 1946 di Port Dickson. Selepas itu, beliau ditempatkan di Taiping dan memburu pengganas komunis di Sungai Temenggor, di Hulu Perak.